Bagi membolehkan Bank memenuhi matlamat sebagai sebuah bank pusat, Bank diperuntukkan kuasa perundangan yang komprehensif di bawah undang-undang berikut untuk mengawal dan menyelia sistem kewangan. Undang-undang ini termasuk:
Akta yang menyediakan peruntukan bagi pengawalan dan penyeliaan institusi kewangan, sistem pembayaran dan entiti berkaitan lain serta pengawasan pasaran wang dan pasaran pertukaran asing. Ini bagi menggalakkan kestabilan kewangan dan perkara berkaitan, berbangkit atau bersampingan dengannya.
Tarikh kuat kuasa:
30 Jun 2013, kecuali seksyen 129 dan Jadual 9, berkuatkuasa 1 Jan 2015, lihat [P.U. (B) 276/2013 dan P.U. (B) 552/2014]
Muat turun
Akta yang menyediakan peruntukan bagi pengawalan dan penyeliaan institusi kewangan Islam, sistem pembayaran dan entiti berkaitan lain serta pengawasan pasaran wang Islam dan pasaran pertukaran asing Islam. Ini bagi menggalakkan kestabilan kewangan dan pematuhan kepada Syariah dan perkara berkaitan, berbangkit atau bersampingan dengannya.
Tarikh kuat kuasa:
Tarikh kuat kuasa: 30 Jun 2013, kecuali perenggan 1 hingga 10 Jadual 9, dan perenggan 13 hingga 19 dalam Jadual 9, berkuatkuasa 1 Jan 2015, lihat [P.U. (B) 277/2013dan P.U. (B) 553/2013]
Muat turun
Akta yang menyediakan undang-undang baharu untuk pelesenan dan pengawalseliaan perniagaan insurans, perniagaan pembrokeran insurans, perniagaan penyelarasan dan perniagaan penasihat kewangan serta perkara lain yang berkaitan. Mengandungi Pindaan Terkini sehingga Akta A1247/2005 - cif: 1 Januari 1997
* Nota: Akta ini telah dimansuhkan kecuali seksyen 147(4), 147(5), 150, 151, 144 dan 224 yang akan terus berkuat kuasa sepenuhnya, sila lihat seksyen 275 FSA 2013 - Akta 758
Muat turun
Akta Institusi Kewangan Pembangunan (DFIA) yang berkuat kuasa pada 15 Februari 2002 memberi tumpuan pada usaha menggalakkan pembangunan institusi kewangan pembangunan (IKP) yang berkesan dan cekap bagi memastikan peranan, matlamat dan aktiviti IKP selaras dengan dasar Kerajaan dan peranan yang dimandatkan kepada IKP dilaksanakan dengan berkesan dan cekap. DFIA jugamemberi penekanan kepada pengurusan yang mantap dan tadbir urus korporat yang berkesan, menyediakan mekanisme penyeliaan yang komprehensif dan mekanisme untuk mengukuhkan kedudukan kewangan IKP melalui penentuan terperinci keperluan kehematan.
Mengandungi Pindaan Terkini sehingga PU (A) 14/2016 - cif: 31 Januari 2016
Lihat juga : Ciri-ciri Utama DFIA
Muat turun
AMLATFPUAA menyediakan peruntukan bagi kesalahan pengubahan wang haram, langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencegah kesalahan pengubahan wang haram dan kesalahan membiayai keganasan, kuasa penyiasatan dan rampasan harta yang terlibat dengan atau diperoleh daripada kesalahan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan, serta harta pengganas, hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang dan peralatan yang menjadi punca sesuatu kesalahan. Jadual Pertama AMLATFPUAA mengandungi senarai institusi pelapor di bawah AMLATFPUAA, iaitu institusi kewangan serta perniagaan dan profesion bukan kewangan ditetapkan yang dikehendaki melaksanakan obligasi tertentu yang dirangka untuk mencegah kesalahan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. Jadual Kedua AMLATFPUAA menyenaraikan kesalahan serius menurut pelbagai undang-undang, yang sekiranya dilakukan, boleh menyebabkan seseorang mendapat manfaat atau memperoleh hasil daripada kesalahan itu.
AMLATFPUAA menggalakkan pendekatan kolaboratif serta melibatkan pelbagai agensi dengan menetapkan kuasa dan fungsi:
a. pihak berkuasa berwibawa yang bertanggungjawab mengawasi pelaksanaan kewajipan oleh institusi pelapor, memudahkan penguatkuasaan AMLATFPUAA dan bekerjasama dengan unit risikan kewangan asing;
b. agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab menyiasat kesalahan di bawah AMLATFPUAA; dan
c. pihak berkuasa penyeliaan dan pengawalan yang bertanggungjawab memudahkan pelaksanaan AMLATFPUAA.
Menteri Kewangan telah melantik BNM sebagai pihak berkuasa berwibawa di bawah AMLATFPUAA. Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan BNM bertanggungjawab melaksanakan fungsi BNM sebagai pihak berkuasa berwibawa di bawahAMLATFPUAA.
Muat turun
Akta untuk menyediakan peruntukan bagi pengurusan mata wang Malaysia, pengawalseliaan perniagaan pemprosesan mata wang, dan aktiviti pemprosesan mata wang, dan bagi perkara yang berkaitan.
Muat turun